"Kullu nafsin za iqatul maut" ( SETIAP YANG BERNAFAS PASTI AKAN MATI )

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

" setiap insan pasti merasa saat
 perpisahan terakhir "
dunia ni hanyalah tempat persinggahan
kita sebelum ke AKHIRAT
kita semua akan MATI
tapi , bila , bagaimana , semua tu kita tak tahu
sekarang kita semakin lalai dengan dunia
sampaikan kita lupa , MATI semakin dekat dengan kita 
betoi dak ?
macam ghah , ghah tahu MATI tu semakan dekat
tapi , ghah still nak enjoy dengan hiburan dunia
AL-QURAN , SOLAT semakin dilupakan
ghah baca al-quran pon bila ghah rasa susah jer , 
bila ghah ada masalah , ghah bca lh al-quran ni
tapi ..
bila senang , humppppp
SOLAT ? memang ghah solat cukup ,
tapi , bila dekat nk hbis waktu , 
baru ghah nak solat
erm erm , lagu ni kaa nk masuk syurga ?
ASTAGHFIRULLAHALAZIM
Sekarang , ghah betol-II nak berubah
sampai bila ghah nk hidup macam ni ?
seriously , ghah tak tenang hidup macam ni
Alhamdulillah , masih ada masa untuk berubah
doakan ghah okeyy ? :')

Bismillah hir rah man nir  rahim.


Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat  dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,  Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan  siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar  pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar  amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa  sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah  Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali  menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai (FATHIN NAJIHAH) Bin (SUBARNI), wahai (FATHIN NAJIHAH)  Bin (SUBARNI),wahai (FATHIN NAJIHAH)  Bin (SUBARNI), hendaklah kamu  ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia  ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke  negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada  Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya  Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai (FATHIN NAJIHAH)  Bin (SUBARNI), apabila datang  kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir,  maka janganlah  berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan  risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah  wahai (FATHIN NAJIHAH)  Bin  (SUBARNI), bahawasanya  Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah  Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk,  mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan  kamu?
Siapakah Nabi  kamu?
Apakah agama  kamu?
Apakah kiblat  kamu?
Siapakah saudara  kamu?
Apakah pegangan iktikad  kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa  bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab  soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.  Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah  tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab  begini:

Allah Taala  Tuhanku,
Muhammad  nabiku,
Islam  agamaku,
kitab suci Al-Quran  ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan  solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluark an zakat dan mengerjakan  haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah  saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha  illallah Muhammaddur rasulullah".

Wahai (FATHIN NAJIHAH)  Bin (SUBARNI) tetapkanlah hatimu,  inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang  tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan  dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah  wahai (FATHIN NAJIHAH)  Bin  (SUBARNI), bahawasanya  mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini  adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah  benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira  segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada  syurga dan neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat  tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan  semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami  ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah  Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera  kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah  mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas  kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan  Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala  amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan  bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami  Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya  sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil  alamin.

seriously , ghah tak boleh dengar bacaan talqin nie
rasa sebakk sangat-sangat
mungkin esok , mungkin lusa
bila-bila masa saje
ALLAH boleh ambikk nyawa kita
dengan macam-macam cara
kita jer tak tahu
semoga kita semua mati dalam keadaan baik-baikk
AMINN !!


                                                                                                             SEKIAN ,




' Dah Baca Erkk ? Like Cikit Boleh =)) '

SAHABAT atau KAWAN ?

ASSALAMUALAIKUM :)

sebulan , dua bulan , TIGA bulan . tudiaaa . 3 bulan cheq tak update incik blog ni
memang rindu gila dekat dunia blog ni
ehh , sampai gila kot korang . haha
terima kasih banyak2 kepada peminat-peminat ghah yg selama ni bla bla bla
haha . bajet jer semua ni . kahkahkah
sejak bila entah ada peminat . haha . ada tu memang ada tapi dalam mimpi lah . haha
SAHABAT atau KAWAN ?
sape tahu beza antara sahabat dan kawan ?
angkat tangan . haa ! taknampak pon
mesti korang tak tahu kan ? haha
kite geng :* 

SAHABAT ? KAWAN ?
ramai orang cakap maksud sahabat dan kawan sama kan ?
ghah pon ingat sama jer
tapi lain tau . L.A.I.N
SAHABAT ialah orang yang selalu ada dengan kita
tak kira susah atau senang , sihat atau sakit , happy atau sedih
manakala ..
KAWAN ialah orang yang ada dengan kita saat kita senang jer
masa kita susah , kita sakit , kita sedih dia abaikan kita
maksudnya , dia kawan dengan kita time dia perlukan kita jer

Haa ! sekarang ni dah faham kan ?
so sekarang ni , baru ghah tahu siapa SAHABAT dan siapa KAWAN ghah
yang betol-betol boleh jadikan sahabat , tak lain tak bukan lah
si senget terchenta ni . hahaha
mempersembahkan NUR TASNIM BT MOHMED YUSSOF





SAYA SAYANG DIA .

ALHAMDULILLAH DAH 5 TAHUN KAMI BERKAWAN .

SEGALA CERITA SUKA MAHUPUN DUKA KAMI KONGSI BERSAMA .

TIADA RAHSIA DIANTARA KAMI .

JANGAN ROSAKKAN PERSAHABATAN KAMI .



uiit uittt . cantik tak kitaorang
yg cute , tembam , comel tu tasnim
yg lawa , cun melecun bak mercun tuh, ghah
hahaha
poyo jer kan ?
memang . haha .

ehhh , lupa pulak dekat sorang lagi SAHABAT  ghah
siapa nak tahu ?
angkat hidung
hahaha . poyo jer
ehh , merapu jer lebih kan ?
nama budakk ni . saiful azrin . umur 14 *sama dengan ghah lah*
already taken by someone :P


Ya ALLAH ! bajetnya kau ni saiful
haha . poyo jer kan ?
dia ni selalu bg ceramah kat ghah
dia lah sengal , dia lah senget
haha . handsome ?
werkkkk :P

okeyy peminat peminat ku sekelian *bajet*
haha . malam ni ghah jadi gedik kejap
kejap jer kay tak lama pon
k lah korang . bye
assalamualaikum :*


' Dah Baca Erkk ? Like Cikit Boleh =)) '